Assalamualaikum w.b.t,
alhamdulillah..dengan izin-Nya,ana masih diberikan nafas dan kesihatan untuk ana menulis di blog ini...
khaifahaluk??semua sihat tak??ana harap semua nyer sihat-sihat belaka...kepada mereka yang kurang sihat tu..berdoa banyak-banyak..dekat kan diri dengan Allah s.w.t..tpi ingat jangan waktu sakit jer bru nak ingat Allah...,waktu sihat pon kite kene sentiasa ingat kepada-Nya...maksud nyer,setiap detik,setiap saat,setiap jam,setiap hari kite kene ingat kepada-Nya...tiada sedetik pun yang kite lupa pada-Nya..
Baik lah,
topik ana pada hari ini,ialah berkaitan dengan orang yang paling dekat dengan kite.orang yang sentiasa hidup dengan kita,.org yang sentiasa ade diwktu kita memerlukan...nak tahu siapa dia???
Jeng,jeng jeng..
jawapannyer adalah KELUARGA.omputih kate FAMILY...
Allah berfirman dalam (surah an-nisa:1):
"Hai sekalian manusia, bertaqwalah
kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan
daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah
memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling
meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)
baik lah,kalau cakap pasal keluarga nie..mesti dalam otak kita fikir..
ada ayah,mak,abang,kakak dan adik...betul x??hahaha..ana pun berfikir begitu jugak...
selalu nya,apabile kite sering bertnye kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat kite.."korang sayang keluarga korg???"
semestinye mereka akan menjawab "of course!" atau "mestilah sayang" atau lebih lagi "giler ke apa tak sayang keluarga sendiri"..hahaha...begini lah kangkadang yang terbit drie mulut rakan-rakan kite betul x??hahaha...alhamdulillah...ana bersyukur kerana rakan-rakan ana semuanyer sayang akan keluarga mereka...
baik lah....orang yang amat penting dalam keluarga ialah ibu bapa kita..
tanpa mereka,siapa lah kita semua nie..
.x kiralah,mereka miskin ataupun kaya..mereka tetap ibu bapa yang sanggup berkorban ape sahaja demi kebahagian kita...
jadi disini,ana kurang faham dengan sikap mereka yang sanggup tinggalkan ibubapa mereka yang menjaga mereka drie kecik smpai mereka berjaya di tepi jalan...mcm tu ke yang di namakan anak yang soleh??
nauzubillah.
baik lah...
ana ingin berkongsi sedikit cerita ketika ana pergi kem pembinaan diri....
seorang ustaz bertanya kepada kami semua."siapa yang sayang dengan ibu bapa kamu angkat tangan"jadi,kami semua angkat tangan...ustaz berkata "bagus kamu semua"..ustaz pun bertanya lagi "apa bukti kamu semua sayang kpada kedua org tua kamu??"
ana mendengar bermacam macam jawapan....ade yang kate "saya selalu tolong ayah saya basuh kereta","saya selalu tolong mak masak","saya tolong gosokkan baju ayah","saya tolong kilatkan kasut ayah saya",dan mcm-mcm lagie yang ana dengar.....ustaz pun senyum smpai ke telinga...ustaz pun berkate "wah!bgus nya kamu semua..suke bantu ibubapa kamu..."..kami pun senyum..
tetapi ,ustaz berkata "kamu semua sayang kepada ibubapa kamu....tapie,cukup atau tidak solat lima waktu sehari semalam kamu??,adakah aurat mu telah dijage dgan baik???,adakah kamu sentiasa mendengar kata-kata meraka tanpa berkata "ha" sekalipun"
pada saat itu,kami semua bgai tersentak.dan masa bgaikan terhenti.. Ya Allah,sungguh kami berdosa kepda kedua org tua kami....
ustaz menyebut firman Allah swt"
"dan Tuhanmu telah perintahkan,supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali ,sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun) " (surah a;-isra':23)
kemudian..
ustaz berkata.."adakah sewaktu hari perhitungan yang menentukan sama ada kita akan masuk syurga atau neraka..pada ketika itu,kedua ibu bapa kita telah masuk ke syurga.tetapi,apabila tiba masa untuk dihitung amalan baik kita,tetapi ketika itu amalan yang kita lakukan didunia tidak mencukupi untuk membawa kita ke syurga kerana ketika kita hidup didunia,kita sering meninggalkan solat,tidak menutup aurat dan derhaka kepda kedua ibubapa.pada ketika itu,kita akan menyuruh Allah swt menarik kedua ibubapa kita yang telah berjaya menjadi penghuni syurga untuk keluar dari syurga dan bersama-sama mengikuti jejak langkah kita ke neraka...dan apabila kita disoal "mengapa kamu tidak melakukan solat lima waktu sehari semalam"..tanpa rasa bersalah kita akan menjawab "ibubapa ku tidak pernah mendidik dan menyuruh ku untuk solat".apabila kita ditanya lagi"mengapa kamu tidak menjaga aurat mu dripada penglihatan orag yang bukan maharam?"..kita akan menjawab "ibubapa ku tidak pernah menyuruh aku menutup aurat daripada orang yang bukan mahram ku"..adakah itu jawapan yang akan keluar daripada mulut seorang anak yang soleh.?? oleh itu,Allah cmpakkan kita dan ibubapa kita msuk ke neraka angkara perbuatan kita sendiri..."
kemudian ustaz menyambung perbicaraan nya "apakah cukup jasa-jasa yang telah kamu sebut kan tadi untuk memasuk ibubapa kamu ke dalam syurga???"
Subahanallah....pada ketika itu ana hanya mendngar keluhan berat dan tangisan daripada mereka semua...
ustaz juga berpesan "jagalah solat kamu semua,kerana solat adalah perkara pertam yang akan disoal"
solat itu umpama tiang agama..jika kita tidak solat.maka kita meruntuh agama kita sendiri..nauzubillah...
inilah sedikit sebanyak kisah ketika ana menjalani kem pembinaan diri.ana harap kamu semua akan menjadikan cerita ini sbgai tauladan kepada diri anda semua.
cepat-cepat la kita meminta maaf kepada kedua ibubapa kita andai kita ada membuat kesalahan kepada mereka...jangan sampai kita terlambat untuk meminta maaf dan bertaubat...
oleh itu,jika kita sayang kepada ibubapa kita...lindungi dan jaga mereka dengan sebaik-baik nya,,..
semoga kite semua akan menjadi anak yang soleh dan solehah,iaitu anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibubapa nya...
sampai disini sahaja cerita yang ana dapat kongsikan kepada kamu semua...insyaAllah,jika ada masa,ana akan menulis lagi di blog....
maaf kan ana jika ada terkasar bahasa,sehingga menyakitkan hati kepada yang membaca...sesungguh segala yang baik datang nya dari Allah..dan segala perbuatan yang buruk adalah kesalah saya sendiri..
waallahualam...
sekian...
wabillahitaufiq walhidayah..wassalamualaikum w.b.t
maas salamah.. =)
assalamualaikum.. :)
ReplyDeleteana harap kisah ini dapat menjadi tauladan kepada kita semua.. :)