Wednesday, 16 October 2013

-hari graduasi (senior year)-


assalamualaikum w.b.t
apa khabar sahabat2 ana?harap semua sihat ya....
gambar di atas nie merupakan gambar graduasi 2013
 untuk plajar2 tingkatan 5 di SMK DANAU KOTA......
walaupun  dah lama berlalu..tpie tetap nak upload sebab arie tu x ade mase..
jdie skang dah ade masa..... ana upload la yer..hahha
hari graduasi kiteorg sbnarnya pda 29/9/2013..
x seperti sekolah lain
sekolah kami hanya buat diu dewan skolah sahaja...
menurut kata rakan2..kebnyakan skolah di kuala lumpoq nie..semuanya buat graduasi dekat hoel or dewan yang besar2..
tpie x mengapalah...bukan masalah tempat jadie masalah
apa salah nya sekli skala kita bersederhana bukan?
islam pun menggalakkan kita untuk sentiasa bersederhana...
xperlu lah nak mewah2..
kang membazir...hilang pulak berkat dan keredhaan dari Allah...
ye dok??
jadie renung2 kan
asal kita dapat cipta memori pon dah cukup...kan?

akhir sekali,
alhamdulillah..
akhirnya ada juga gambar bersama2 dengan rakan sekelas
walaupun bukan semua ade..
tpie bole dikatekan majoriti adelah yer..
byk sgt kengan bersam mereka..
ana harap..ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat..
aminn...

Saturday, 12 October 2013

SPM MOOD



assalamualaikum..
hai sahabat2 semua..
haish..rasa dah lama x bukak blog..
al-maklum lah
antara sebab2 nya:
1.busy dengan aktiviti skolah..of course.... *x ade la busy mane*
2.laptop x bole bukak..sebab batery hbis..
3.charger rosak..*xade duet lgie utk beli yg baru*
4.x bole bukak blog dkat laptop abg sebab x igt email blog.. *byk makan semut*
5.ana dah form 5..dan kne blaja x melepak depan laptop.. *insyaAllah*

tpie apa2 pun ana anggap ini sebagai dugaan...
lagi banyak seseorg mnerima dugaan...
itu bererti Allah amat menyanyanginya..
jadi walau sebesar mana dugaan yang menimpa..
jgn takut jangan gentar...Allah sentiasa bersama kita...itu yang kita WAJIB ingat sentiasa..
sebab Allah xpernah meninggalkan hambaNYA walaupun sesaat..
cuma kita manusia yang mudah lupa dan lalai..
harap2 kita tidak tergolong dalam golongan tersebut ya!
amin...

Anyway,memandang kan arie nie dan 13/10/2013...dan tarikh SPM pula 06/11/13
... hari dah bole dikira guna jari dah pun
haishh...hati gelisah dan takut...banyak subjject dan slibus yang nak kena cover..
ya Allah permudahkanlah segala2nya...amin
jadi....dengan semangat yang baru ana akan cuba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk dlam kpuusan yang cemerlang dlam spm nie.. mcm gambar kat atas,, A+..sapa x nak...ana pun mau..jadi usaha kena lipat gandakan lebih lagi lah ye..heheh//kepada sahabat2 yang lain pun semoga berjaya ye..
yang penting ibadah jgn sesekali tinggal... :)
good luck!

Friday, 26 July 2013

Buat SahabatKu



assalamualaikum...
lagu ini sanagt menyentuh hati ana..
ade sejarah di sebalik kisah nie..
ajal maut,jodoh pertemuan semua ditangan Allah SWT..
semoga rohnya dicucuri rahmat..dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
amin..

Thursday, 6 June 2013

MAWADDAH-KENALI TUHAN :)

assalamualaikum w.b.t
allahum masolli ala saidina muhammad.wa ala alihi wasohbihi wassalam.
alhamdulillah hari ini kita semua masih lagi diberi pinjam nyawa dari Allah s.w.t
jadi mula kan hari antum-antum semua dengan perkataan Alhamdulillah ya..
selain itu,kita semua juga diberi nikmat kesihatan..
nikmat tu yang selalu kita semua lupa.
jangan bila sakit baru terpikir nikmat kesihatan pula..
 tak pa,kita praktik kan dalam diri kita sama-sama ya.
insyaAllah akan berjaya..
sebenar nya hari ini ana sangat berdebar kerana,sekolah dah nak mula dah ni.
cuti 2 minggu rasa sekejap ja.
pejam celik pejam celik.
dah 2 minggu..
tambahan pula,pidato ana pun belum selengkapnya ana baca dan hafal.
pertandingan lagi seminggu ja lagi.
masyaAllah..
jadi kepala ana ni sedikit serabut..
jadi ana nak bagi antum-antum semua dengaq lagu ni.
mana tau buleh hilang kan stress.
betul x?
ana harap begitulah..
insyaAllah..
lagu ni ada seorang insan yang sangat baik bagi kat ana.
sangat sedap dan menenangkan
hayati lirik dan lagu nya.
dekatkan dengan hatinya.
bukan etakat dengar guna telinga.
dengar menggunakan hati lebih dekat
insyaAllah.
renung-renugkan dan selamat beramal

06 JUN 2013

assalamualaikum w.b.t
apa khabar???antum semua sihat?semoga antum-antum semua sihat ye..
amin..
insyaAlllah ..
baik lah..hari banyak perkara yang berlaku hari ini.
tapi ana tidak mahu bercerita apa-apa  kerana blog ini bukan tempat ana untuk menulis diari atau pun nak luahkan perasaan...
owhhh..tidak sama sekali..
hahaha
baiklah sebenarnya ana nak kongsi gambar ja hari ini..sebab bosan tak tau nak post apa kan..
jadi ana ada sediakan beberapa gambar yang ana cukup suka ,melihat.
ana rasa kadang-kadang ana melihat gambar -gambar yang berkaitan dengan islam ni.
ana raa tenang ja..semangat nak juangkan islam tu jadi makin kuat.tak tau antum macam mana..
insyaAllah na...
kita emua buleh jadi baek..
cuma mau x mau ja..ana ni pon bukan baek sangat.
kadang-kadang nakai jugak.tapi biasa la manusia kan.
banyak buat silap..
tapi yang penting kalau buleh jangan buat kesalahan yang sama na..
hihihi

cantik kan..hahah.....
tengok kartun-kartun gini la baguihh..
at least dapat gak pahala..
dari tengok kartun yang seksa-seksa tuh..hahaha
jangan teraa na.
gurau ja..
hahaha

nie pun cantik jugak kan..
ana ada jugak kawan yang suka pakai lagu nie...
hahaha
x mau tulis sapa la..
biar ana ja tau..hahaha
jadi disini kita semua dapat tau..islam dok larang pun kita berfesyen..
asal kan menutup aurat..tu yang penting..
x kesah la hang nak pakai tudung lilit lagu mana pun.lilit depan lilit belakang.yang pasti tutup bahagian yang wajib di tutup na.jgn tutup rambut ja.tapi leher nampak.telinga nampak...nauzubillah..
x mau na..kita semua kan nak jadie wanita solehah..amin..insyaAllah :)
untuk lelaki pulak

comel dok??
siap serban lagi..sapa kata pakai jubah x buleh buat aksi super hero..
buleh apa..cuma nak tak nak ja..
tapi nie untuk budak kecik la.yang dah besaq tu..pandai2 lah hang pikiaq sendiri na..
akhir sekali,

nie baru cantik..
completoooo...
baru manis..tapi lambat lagi na...
bukan sekarang..
gambaq ni x dak kena mengena antara hidup dan yang mati.
ana saja ja letak gambaq ni.sebab comel...
insyaAllah satu hari nanti na..hahaha
semoga gambaq-gambaq ni dapat jugak la menghiburkan dan menaik kan semangat aantum-antum ya..
tepuk dada tanya iman..
assalamualaikum w.b.t

Wednesday, 5 June 2013

JODOH?

assalamualaikum...
apa khabar sahabat handai ana?
sihat semua?harap2 semua sihat lah ya....insyaAllah amin..
allahhum soli ala saidina muhammad,waala alihi wasohbihi wassalam.
baiklah...tajuk harini adalah JODOH?.haish mesti ramai yang berkenan dengan tajuk nie kan...ana pun ama.tpie ana tidak lah begitu mahir dalam bidang..cuma untuk berkongsi sedikit bersama sahabat2 serta unutuk diri ana juga.
buat diri ana yang baru berusia 17 tahun ini,bak kata orang tua-tua...baru setahun jagung gitu lah gamaknya kate ko...tapi xpe..ana tulis apa yang ana tahu lah..

seperti yang kita semua tahu..jodoh tu kan ketentuan Allah swt.
firman Allah dalam surah an-nisa ayat 1-4:-

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيم
يٰأَيُّهَا النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُمُ الَّذى خَلَقَكُم مِن نَفسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنها زَوجَها وَبَثَّ مِنهُما رِجالًا كَثيرًا وَنِساءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذى تَساءَلونَ بِهِ وَالأَرحامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كانَ عَلَيكُم رَقيبًا
(1) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
وَءاتُوا اليَتٰمىٰ أَموٰلَهُم ۖ وَلا تَتَبَدَّلُوا الخَبيثَ بِالطَّيِّبِ ۖ وَلا تَأكُلوا أَموٰلَهُم إِلىٰ أَموٰلِكُم ۚ إِنَّهُ كانَ حوبًا كَبيرًا
(2) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.
وَإِن خِفتُم أَلّا تُقسِطوا فِى اليَتٰمىٰ فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلٰثَ وَرُبٰعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَوٰحِدَةً أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُكُم ۚ ذٰلِكَ أَدنىٰ أَلّا تَعولوا
(3) Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
وَءاتُوا النِّساءَ صَدُقٰتِهِنَّ نِحلَةً ۚ فَإِن طِبنَ لَكُم عَن شَيءٍ مِنهُ نَفسًا فَكُلوهُ هَنيـًٔا مَريـًٔا
(4) Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya
jadi disini Allah dah nyatakan semua nya..tapi kita kena ingat orang yang bercinta (bercouple) belum tentu dia tu jodoh kita.orang yangb bertunang dengan kita pon belum tentu dia jodoh kita.walhal orang yang kahwin dengan jodoh kita yang sebenarnya..
ade jodoh yang hanya kekal sementara dan ada yang kekal selama-lamanya..tapi itu semua.hanya Allah sahaja yang tahu..jadi kita nie x payah sibuk2 nak cari(ingat tu fatiah!).insyaAllah dia akan datang dengan sendiri..
ingat..orang yang kita pilih belum tentu baik.
ibubapa punya pilihan mungkin baik..
tetapi Allah punya pilihan memang TERbaik.
jadi,BERCINTA SELEPAS KAHWIN ITU LEBIH INDAH.
kenapa?sebab .time tulah baru kita tau kegemaran dia ape..hobi dia ape..baru best...kalo bercinta sebelum kahwin..semua benda dah tahu..nanti kawin.x tau nak tanya ape...lihat..sungguh indah..subhanallah.. :D
tapi,suka saya ingat kan.
kawin tuh bukan mudah...
kawin bukan setakat nak sweet muweet nie....
byk lagie kita kena tahu...kita bukan berkawin dengan dia sahaja..kita kawin dengan keluarga dia,saudara mara dia..semua yang berkaitan dengan dia kita kawin skali...berat tuh...lagi2 kalo lelaki..
besar tanggungjawab tuh..
jadi pastikan dulu cukup ilmu agama semua.bila dah rapi dan mantap..baru pikir kawin ye..
yelah..kita kan nak lahir kan generasi..jadi mesti kita nak generasi yang berilmu dan kuat pegangan agamanya...jadi akan lebih mudah jika cukup ilmu,senang nak didik anak-anak.insyaAllah..
nanti tak lah bila bakal ayah mertua tnye rukun islam yang kelima...kita jawab kedaulatan undang-undang pulak...x ke naya tuh...
jadi renung2 kan lah...tepuk dad tanya iman....selamat beramal..
assalamualaikum.maas salamah,

Saturday, 11 May 2013

ANAK KU

assalamualaikum.
apa khabar antum-antum semua??sihat??semoga antum-antum sihat sahaja ya..insyaAllah....
baiklah,hari ini 11.05.2013 iaitu hari SABTU.
hari ini ana dan sahabat-sahabat ana, hannani,haliza dan syafikah pergi ke SMK SETIAWANGSA untuk pertandingan sajak dan e-PPDa..
ana masuk pertandingan sajak..yang lain e-PPDa.
masyaAllah...ana punya nombor giliran no.2....subhanallah...hanya Allah jer lah tahu mcm mne perasaan ana masa tuh....
sajak pun baru dapat semalam....mcm mana tuh??pkol 1 pagi bru tido...haish...
jadie keesokannya(hari ini lah),waktu sajak tdie...
masyaAllah......teruk bebenoorrr...!!!otak ana blank bile diri depan semua orang...
mula lah tersasul sana,tersasul sinie......peserta semua ada 23 orang..
kalo lah juri tuh listkan kdudukan..ana lah yang last...
astagfirullah..
satu perkara lagie ana belajar hari ini.
JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE....
nnti semua x menjadi....mcm2 berlaku..malu betul....
ana  rasa kecea sebab x dapat menyumbang jasa dekat skolah lagie...
sedih jugak sebab x dapat nak bg kemenangan buat cikgu dan skola....x mengapa...
usaha tanda kejayaan..
insyaAllah...
tdie,di SMK SETIAWANGSA...x sngke dapat jumpa balik dengan sahabat2 lama....ramai jugak lah yang ana jumpa...nasib  baek mereka masih ingat,...alhamdulillah...semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan smpai bila-bila....
ana nak smpaikan sebuah sajak yang ditulis oleh ana sendiri...
pada hari jumaat....10 minit terakhir waktu paper sejarah......ilham datang tanpa diduga.

ANAK KU
dulu waktu kecilmu,
tiada riak duka di wajahmu,
kau bermain dan berlari,
dengan hati yang riang gembira.

umur kau semakin meningkat,
dan kau semakin belajar,
tetapi kau masih tidak dapat membezakan,
jalan hitam atau putih.

apakah ini semua salahku?
salahkah aku mendidik kau,
dengan memberikan limpahan kasih sayang,
dan aku tatang kau bagai minyak yang penuh.

dulu sewaktu kau sakit,
aku rawatkan,
sewaktu kau menangis,
aku redakan,
dan dulu sewaktu kau gembira,
dunia ini bagai milik kita berdua.

tapi kini,
dimanakah gelak ketawa mu?
dimanakah kasih dan manja mu?
kau tergamak membiarkan aku,
dan kau memilih dadah durjana.

waktu berlalu pergi,
dan semua telah berubah,
angkara dadah durjana,
kau terbaring sepi,
di temani tangisan dan air mata kekesalan.

wahai anakku,
ingatlah pesanku,
belum terlambat untuk kau bertaubat,
pintu kemaafan masih lagi di buka,
kerana Allah akan sentiasa bersama hambaNya.

ditulis oleh:siti nurfatiah binti rosstam
kelas:5 arif
tarikh:10 may 2013


sebenarnya ana nak bawa sajak ini untuk pertandingan..tpie cikgu sudah sediakan sajak..ana harap antum-antum semua suka dengan sajak ana ini...insyaAllah..ana budak masih lagi belajar,,..
assalamualaikum w.b.t

Saturday, 27 April 2013

MERENTAS DESA 2013

assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah,akhirnya ana dapat jugak bukak blog ana nie..rasenye dah lame x update blog.maklum lah.internet x ade ritu..skang dah boleh dah..insyaAllah,...ana akan rajin-rajinkan diri utk menaip ye..sebelum tu..ape kaba antum antum semua..ana doakan semua sihat selalu..
baiklah,
sebebnar nye arie nie 27.04.2013 (SABTU),sekolah ana ade membuat road run..tpie beza tahun nie dan tahun sebelumnya ialah..tahun nie kiteorg buat road run dekat TAMAN METROPOLITAN...hahaha....kat kepong nuh..jauh tak..entah lah..ana kurang mahir tentang jarak jarak nie..mintak maaf ye..hahaha
tahun sebelum nie buat kat skolah jer..so,taun nie lain sket..banyk betol duet skolah ana,....mana ke tidaknyer,sewa 12 bas..haish...mau jam dkat depan skolah tdie..
Minggu merentas desa memang BUSY sesangat...tak menang tangan nak di buat nyer...lari sana,lari sini...tak masuk kelas..haish..mcm mcm jadie..tpie untuk rumah BETA akan ana gagah kan kaki untuk melangkah... *mula nak berdrama*.
tpie pengalaman cari ahli untuk wakil mmg best...nasib baik lah ade PENGERUSI yang sgt baik hati, SAFIUDDIN.....bagus betol dia...terima kasih lah dkat semua ahli jawatankuasa BETA yang snggup turun padg ye...
okay,
pertama sekali,alhamdulillah dan bersyukur sgt-sgt akhirnya impian yang pling ana idamakn telah mnjadi kenyataan ...selama 4 tahun ana menunggu...akhirnya dapaty jugak..walaupun ana tidak tidak tersenarai dalam TOP 10..tpie ana tersenarai jugak dalam TOP 30....alhamdulillah..berkat kesungguhan dan kesabaran...tak rugi kalau kita bersabar..
oleh itu,tak kira dalam apa jua keadaan..bersabar tu paling penting....
lgi pun kita semua kan dah tahu... "ASSOBRU MINAN IMAN"
yang bermaksud,sabar itu separuh dariapada iman....jadi sebagai umat islam sudah semestinya kita semua mempunyai iman..betol ke tidak???yang membezakan iman seseorang itu dgn org lain adalah sama ada nipis atau tebal iman nya...jadi kalau kita nak jadi insan yang tebal iman nya...banyak-banyak kan amalan...tak salah..ingat ,jgan kita kejar dunia sahaja dan akhirat pula diabaikan...JANGAN..nauzubillah..mudah-mudahan kita tidak tergolong dengan golongan tu ye...
akhir sekali..ana  ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli BETA yang snggup merentas desa bersama-sama tadi,..budi baik anada amat ana hargai..semogA tahun ini BETA  akan menjadi JUARA dalam sukan tahunan 2013....AMINNNN....!
kepada NUR HAZLIN,.ana berjaya tahun nie...rasenya lebih gembira jika ante pun ada sekali.. :'( apa-apa pun ana sudah tunai kan janji ana sebelum nie.... :)
dan tak terlupa jugak kepada sahabat handai NANI,HALIZA,AIN,BELLA,RAMA,KHATIJAH,KHIDIR,WAN,ASMA,ALIAH,MAHIRAH,SAFIUDDIN dan ramai lagi lah..korang memang THE BEST..kepada ILIYA DAN FADHILAH..ana tidak lupa kepada korg..laen kali masuk sekali road run..dan kepada BELLA,KHATIJAH DAN KHIDIR...SILA LETAK MINYAK ANGIN DEKAT KAKI KORANG..DAN JANGAN BANYAK BERGERAK YE!
okay..sampai sini sahaja ye....
bye,
assalamualaikum.

Tuesday, 12 February 2013

-SAHABAT KU DAN KAWAN KU-

bismillahirrahmanirrahim....
*testing mic* test one two three....heheheheh
Assalamualaikum w.b.t...
hari nie 12 FEBRUARI 2013 iaitu hari SELASA..
masuk hari nie dah 4 HARI ana cuti sekolah sempena dengan tahun baru cine..tpie ana x dpat ang pau pon...hahaha...yang ana dapat buah limau...tpie ana x suke makan limau... nak tau sebab ape...sebab x sedap...lpastu masam plak tuh....terkelip kelip mata ana bile makan...jdie,bile jmpe buah limau jer...terus dpat rse msam dye walaupun ana x makan..hahaha..pelik tak..nak buat mcam mne..orang laen kate buah limau nie manis..tpie bile ana mkan..masam jer..time ana makan je masam...time masam je ana makan..hahaha..dah start merepek dh niee..acanno tuh..hahaha
walaupun orang kate limau nie okay untuk kulit la,vitamin C la.dan mcm2 lagie la kbaikan nyer..tpie ana ttap x suke makan..jdie kesimpulannye jgn la bg ana limau..hahaha..
dah dah berhenti cakap pasal limau...
arie nie ana nak ketengah kan topik tentang SAHABAT dan RAKAN...
yela..sekarang ni kan musim cuti..jdie ana rase rindu la plak dgn sahabat-sahabat ana disekolah tuh..haish...... (TT.TT)
baik lah,
sbenarnyer ape maksud SAHABAT dan ape maksud KAWAN??
sesetngah org ckp maksud dye same jer....tpie ade plak orang cakap SAHABAT merupakan orang yang sentiasa ade disisi x kira waktu senang atau susah...dan maksud KAWAN pulak orang yang kite baru kenal dan orang yang biasa-biasa..maksudnyer x rapat sangat dan x la x rapat sngat...
pham x???kalo antum semua x paham..buat2 paham la yer...
sebenarnya menurut ana,maksud SAHABAT dan KAWAN tu mngikut pandangan dan persepsi seseorang untuk menilai...jdie x kire lah ape pun jwapan nya..kite terima je la...

Rasulullah saw bersabda:
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

oleh itu,sebagai seorang muslim yang dapat membezakan yang mane baik dan yang mane buruk juga mesti dapat menilai sama ada kawan itu kawan yang baik ataupun sebaliknya...
tpie,kalo sahabat kite ada membuat kesalahan .jgn la terus mengangap dye jahat...malahan kite boleh menegur membantu teman kite untuk berubah menjadi baik...
jadi macam ana nie,sahabat-sahabat ana sering melabelkan diri ana ini "MESRA ALAM"
sebab bile pergi seminar atau kem..ana akan bertegur dengan semua orang walaupun orang itu ana tidak kenal..haha.
x salah kalau kite nak menjalinkan silaturrahim dan mengeratkan lagi ukhwah yang dibina...bak kata pepatah melayu.. "BERKAWAN BIAR SERIBU DAN BERKASIH BIAR SATU"..haha
jdie sesiapa yang "mesra alam"seperti ana nie x salah pun...cume kite perlu berhati-hati bile berkawan..tak bersalah kawan dengan sesiapa pun...kite cume perlu amal kan "AMBIL DAN CONTOHI MANA YANG BAIK,DAN KETEPIKAN MANA YANG BURUK"..
antum-antum semua faham??
maksud ana ialah bile kite berkawan,contohilah sifat baik mereka dan ketepikan sifat buruk mereka...tambahan pula,kite bole menasihat kan sahabat sahabat kite supaya boleh mengubah sikap buruk yang ade....bru la dinme kan SAHABAT SEJATI...bersama-sma dapat mengubah diri ke arah kebaikan...
hurmmm..ckp pasal berubah jadie baik....
kadang kadang ade juga sahabat kite yang takut untuk berubah menjadi baik..antara alasan yang sering diberikan bile kite mengajak untuk berubah jadie baik ialah"nnt ape pulak orang kate bile aq tetibe jadi baik"atau"mcm mana  kalo orang kate aq nie berlagak alim"
 perkara sebegini x sepatutnye kite fikir kan...siapa mereka untuk menghukum orang dengan sesuka hati....jangan kite fikir ape orang sekeliling berkate bile kita jdie baik..tpie kite kene fikir ape balasan Allah jika kite tidak berubah menjadi baek..nauzubillah..berat azab nyer...
mentaliti orang zaman sekarang...kite x boleh nak ubah ape yang mereka fikir.tpie kite yang kene ubah cara kite berfikir...igt kalo kite hidup berpandukan ape yang orang cakap...memang kite x akan hidup..kita baik salah jahat lagi lah salah..kite anggap je ape orang skeliling ckp sbgai nasihat dan pedoman..ambil yang baik.buang yang buruk.
wahai sahabat,
kite kene ingat berubah ke arah kebaikan pun dikira sebagai JIHAD tau....jdie orang yang baik memang sentiasa dapat  dugaan...itu bermakna Allah sayang akan hambaNya...Allah x akan memberi sesuatu ujian yang melebihi dripada kekuatan hamba-Nya..jadie jangan mengeluh bile kite diberi ujian..tapi,berdoa dan meminta lah kepadaNya agar kite diberi kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menjalani ujian tersebut....maksudnyer,jika kita menerima ujian itu bermakna  Allah sedang uji keimanan dan ketaqwaan kite terhadapNya,....
kesimpulan nyer,jgn takut nak berubah jadie baik yer.. :)
seterusnye,salah faham sesama rakan???
biaselah tuh..ana juga sering mnyakitkan hati rakan2 ana...ana mintak maaf ye kepada semua sahabat2 yang sakit hati dengan ana..ana berharap kamu semua dapat memberi teguran  dan nasihat jika ana ade buat sebrang kesilapan... :)
gaduh nie asam garam dalam persahabatan..."SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT,APA PULA SUAMI ISTERI"..
hahaha walaupun x ade kene mngene suami isteri dengan ikatan persahabatan.tpie pepatah nie masih bole digune pkai..maksudnyer.... "SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT APA PULA KAWAN KAWAN."
pun boleh la...haha
sebenarnye,bile berlaku salah faham.ape yang kite perlu buat..ialah bermusyawarah(berbincang).
slow-talk dengan kawan2 dan jangan terus tarik muka masam... tpie kite senyum je.kan lebih elok..

Abu dzar meriwayatkan Rasulullah saw bersabda:
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”(Riwayat Muslim)


so,jangan cepat marah..bertenang dan tarik nafas....
antara cara-cara untuk meredhakan kemarahan ialah:
*ambil wudhuk
*duduk jika sedang berdiri
*baring jika sedang duduk

diatas ialah tips2 kepada orang2 yang mudah marah..hehhe
kesimpulannya,bile berlaku slah faham..kadang kdang kite akan lebih mngenali rakan kite..dan kadang kadang ade orang lepas gaduh..tpie rapat pulak lepas tu..mcm belangkas pun ade kadang2..hahaha...jadie jangn pelik jika ade orang yang dulu nya bermusuh tpie kini menjdie sahabat karib..dan yang dulunye berkawan karib tpie kini menjdie muasuh..kite bole mencontohi hadis ini
Rasulullah saw bersabda:
"cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhnya,Dan benculah musuhmu sewajarnya,kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai"
(riwayat al-Bukhari,Abu Daud,Al-tarmizi dan Ibn majah daripada Abu Hurairah)

Oleh itu rakan rakan sekalian...Pilihlah kawan mu dengan sebaik-baiknya kerana 
Rasulullah saw bersabda:

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)

akhir sekali..jadiekan sebab utama kita berkawan semata-mata kerana Allah swt...dan tiada sebab lain....
Rasulullah saw bersabda:
"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

 okeylah..dah panjang dah ana berceloteh hari nie..nnt ade plak yang bosan untuk membaca..
sekian sahaja untuk hari ini...yang baik datang dari Allah dan yang bruk datangnyer dari ana..
dan kepada sahabat-sahabat ana.kalo tulis nama kompem x cukup ruang.hehe..terima kasih kerana sudi menjadi kan ana sebagai sahabat anda dan ampun kan segala kesalahan yang ana pernah lakukan dan halalkan segala ilmu yang pernah anda kongsi kan..ingat ana sayang dan bersyukur kerana ade anda semua di saat ana memerlukan...jazakallah....
#jgn lupe ana wlaupun dah lame x jmpe..
wallahualam...
sekian
wabillah hitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t
assalamualaikumw.b.t
maas salamah :)






Monday, 11 February 2013

KELUARGA??FAMILY??

  Assalamualaikum w.b.t,
alhamdulillah..dengan izin-Nya,ana masih diberikan nafas dan kesihatan untuk ana menulis di blog ini...
khaifahaluk??semua sihat tak??ana harap semua nyer sihat-sihat belaka...kepada mereka yang kurang sihat tu..berdoa banyak-banyak..dekat kan diri dengan Allah s.w.t..tpi ingat jangan waktu sakit jer bru nak ingat Allah...,waktu sihat pon kite kene sentiasa ingat kepada-Nya...maksud nyer,setiap detik,setiap saat,setiap jam,setiap hari kite kene ingat kepada-Nya...tiada sedetik pun yang kite lupa pada-Nya..
 Baik lah,
topik ana pada hari ini,ialah berkaitan dengan orang yang paling dekat dengan kite.orang yang sentiasa hidup dengan kita,.org yang sentiasa ade diwktu kita memerlukan...nak tahu siapa dia???
Jeng,jeng jeng..
jawapannyer adalah KELUARGA.omputih kate FAMILY...
Allah berfirman dalam (surah an-nisa:1):

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan mu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah ` menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " (An Nisa': 1)

 
baik lah,kalau cakap pasal keluarga nie..mesti dalam otak kita fikir..
ada ayah,mak,abang,kakak dan adik...betul x??hahaha..ana pun berfikir begitu jugak...
selalu nya,apabile kite sering bertnye kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat kite.."korang sayang keluarga korg???"
semestinye mereka akan menjawab "of course!" atau "mestilah sayang" atau lebih lagi "giler ke apa tak sayang keluarga sendiri"..hahaha...begini lah kangkadang yang terbit drie mulut rakan-rakan kite betul x??hahaha...alhamdulillah...ana  bersyukur kerana rakan-rakan ana semuanyer sayang akan keluarga mereka...

baik lah....orang yang amat penting dalam keluarga ialah ibu bapa kita..
tanpa mereka,siapa lah kita semua nie..
.x kiralah,mereka miskin ataupun kaya..mereka tetap ibu bapa yang sanggup berkorban ape sahaja demi kebahagian kita...
jadi disini,ana kurang faham dengan sikap mereka yang sanggup tinggalkan ibubapa mereka yang menjaga mereka drie kecik smpai mereka berjaya di tepi jalan...mcm tu ke yang di namakan anak yang soleh??
nauzubillah.
 baik lah...
ana ingin berkongsi sedikit cerita ketika ana pergi kem pembinaan diri....
seorang ustaz bertanya kepada kami semua."siapa yang sayang dengan ibu bapa kamu angkat tangan"jadi,kami semua angkat tangan...ustaz berkata "bagus kamu semua"..ustaz pun bertanya lagi "apa bukti kamu semua sayang kpada kedua org tua kamu??"
ana mendengar bermacam macam jawapan....ade yang kate "saya selalu tolong ayah saya basuh kereta","saya selalu tolong mak masak","saya tolong gosokkan baju ayah","saya tolong kilatkan kasut ayah saya",dan mcm-mcm lagie yang ana dengar.....ustaz pun senyum smpai ke telinga...ustaz pun berkate "wah!bgus nya kamu semua..suke bantu ibubapa kamu..."..kami pun senyum..
tetapi ,ustaz berkata "kamu semua sayang kepada ibubapa kamu....tapie,cukup atau tidak solat lima waktu sehari semalam kamu??,adakah aurat mu telah dijage dgan baik???,adakah kamu sentiasa mendengar kata-kata meraka tanpa berkata "ha" sekalipun"
pada saat itu,kami semua bgai tersentak.dan masa bgaikan terhenti.. Ya Allah,sungguh kami berdosa kepda kedua org tua kami....
ustaz menyebut firman Allah swt"
"dan Tuhanmu telah perintahkan,supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali ,sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun) " (surah a;-isra':23)
kemudian..
ustaz berkata.."adakah sewaktu hari perhitungan yang menentukan sama ada kita akan masuk syurga atau neraka..pada ketika itu,kedua ibu bapa kita telah masuk ke syurga.tetapi,apabila tiba masa untuk dihitung amalan baik kita,tetapi ketika itu amalan yang kita lakukan didunia tidak mencukupi untuk membawa kita ke syurga kerana ketika kita hidup didunia,kita sering meninggalkan solat,tidak menutup aurat dan derhaka kepda kedua ibubapa.pada ketika itu,kita akan menyuruh Allah swt menarik kedua ibubapa kita yang telah berjaya menjadi penghuni syurga untuk keluar dari syurga dan bersama-sama mengikuti jejak langkah kita ke neraka...dan apabila kita disoal "mengapa kamu tidak melakukan solat lima waktu sehari semalam"..tanpa rasa bersalah kita akan menjawab "ibubapa ku tidak pernah mendidik dan menyuruh ku untuk solat".apabila kita ditanya lagi"mengapa kamu tidak menjaga aurat mu dripada penglihatan orag yang bukan maharam?"..kita akan menjawab "ibubapa ku tidak pernah menyuruh aku menutup aurat daripada orang yang bukan mahram ku"..adakah itu jawapan yang akan keluar daripada mulut seorang anak yang soleh.?? oleh itu,Allah cmpakkan kita dan ibubapa kita msuk ke neraka angkara perbuatan kita sendiri..."
kemudian ustaz menyambung perbicaraan nya "apakah cukup jasa-jasa yang telah kamu sebut kan tadi untuk memasuk ibubapa kamu ke dalam syurga???"
Subahanallah....pada ketika itu ana hanya mendngar keluhan berat dan tangisan daripada mereka semua...
ustaz juga berpesan "jagalah solat kamu semua,kerana solat adalah perkara pertam yang akan disoal"
solat itu umpama tiang agama..jika kita tidak solat.maka kita meruntuh agama kita sendiri..nauzubillah...

inilah sedikit sebanyak kisah ketika ana menjalani kem pembinaan diri.ana harap kamu semua akan menjadikan cerita ini sbgai tauladan kepada diri anda semua.
cepat-cepat la kita meminta maaf kepada kedua ibubapa kita andai kita ada membuat kesalahan kepada mereka...jangan sampai kita terlambat untuk meminta maaf dan bertaubat...

oleh itu,jika kita sayang kepada ibubapa kita...lindungi dan jaga mereka dengan sebaik-baik nya,,..
semoga kite semua akan menjadi anak yang soleh dan solehah,iaitu anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibubapa nya...
sampai disini sahaja cerita yang ana dapat kongsikan kepada kamu semua...insyaAllah,jika ada masa,ana akan menulis lagi di blog....
maaf kan ana jika ada terkasar bahasa,sehingga menyakitkan hati kepada yang membaca...sesungguh segala yang baik datang nya dari Allah..dan segala perbuatan yang buruk adalah kesalah saya sendiri..
waallahualam...
sekian...
wabillahitaufiq walhidayah..wassalamualaikum w.b.t
 maas salamah.. =)






Saturday, 9 February 2013

PERMULAAN YANG BARU

assalamualaikum,

    hari nie 09 februari 2013,hati ana terdetik pula untuk membuat blog.Pada mula nya,rasa risau kerana ana ini tidak lah begitu mahir dengan blog ini.Yelah,sebelum nie ana hanya mampu bukak TWITTER dan FACEBOOK saje.Tapi,pernah suatu ketika sahabat ana iaitu BELLA pernah buat kan blog untuk ana.punye la dye bersungguh-sungguh buat kan ana pnye blog.hasil blog tu,subhanallah..cantik sangt.teruja betol bile ade blog.tpi,wktu tu kat rumah ana internet tak ade lagie.buat blog pon dirumah BELLA.snggup ana berjalan jauh utk pergi rumah BELLA semata-mata utk buat blog tuh.walaupun lgie sket ana nak kene kejar anjing,tpie ttp gagahkan kaki untuk berjlan..haha..kelakar plak bile nak di igtkan kenangan tu...
    Antum-antum semua mahu tau ape yang berlaku??
bile dah siap.of course gembira sangat.mula la psang niat dlam hati nak bkak BLOG hari2 la..kne kumpul DUIT la sbb nak pergi cc utk bkak BLOG.biase la,zaman remaja ..DARAH  masih muda kan..hahaha..ana nie kan perempuan..jdie mak x kasi la pergi cc sangat waktu tu.lgipon ana pun msih kecik lagie..seingat ana TINGKATAN 3 rase nyer.dah 2 TAHUN berlalu..hahaha..tmbhan pulak,ana nie x ade la brani sgt nak pergi cc seorang diri.slalu pergi pun dgn kakak ana,.drie luaran memg nampak drie ana nie mcm org BERANI.tpie bile tgok dkat dlam hati...baru jentik skit dah nak nangis..biasalah sifat perempuan yang amat sensitif dan cepat mengiskan..tpie itu bkan bermkne perempuan dapat di buli.hahaha
    selang dua tiga hari,mula penyakit SHORT TERM MEMORY dtg.time tulah,lupe password dgn email blog..aduhai,sedih sgt mase tu.ana tnye bella,mne tau dye igtkan.tpie mlang nyer,dye kate dye x tahu.sbb yang ana igt,wktu ana nak ltak password,..ana suruh dye ddk jauh2..takut dye tau la konon nyer..jdie,ana sorg jelah yg tau password tu,..last-last..HAMBEK!lupe semuanye...tulah..eksyen sgt x nak tnjuk kat org...moral of the story,bg la tau org rmai password kite.,hahahaha....
eh...bkn la..ana bergurau sahaje..jgn la smpai bg tau semua org..x ade privacy la mcm tu..hahaha...
akhirnye,blog tu terbiar je mcm tu..sayang seribu kali sayang,blog yang secntik tu terbiar mcm tu...ksian BELLA..
   jadi,hari ini insyaAllah,ana akan igt email dan pasword ana..harap harap begitu la..
jdie itulah PERMULAAN BARU yang ana nak kongsikan bersama...harap ini menjadie ingtan dan pengajaran kpde ana dan kpade sesiapa shje yg membce blog ana ini
 Akhir sekali,ana nak mintak maaf jika ana terkasar bahase..segala yang baik dtg drie Allah..
dan segale yang buruk datang dri ana.
     WALLAHUALAM.
assalamualaikum :)